Rabu, 23 Disember 2015

Jenis wayar



Terdapat pelbagai jenis wayar yang digunakan dalam pendawaian litar atau penyambungan pada kelengkapan elektrik. Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.

Terdapat 5 jenis wayar yang biasa digunakan iaitu wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar dan wayar tiga teras








Sabtu, 12 Disember 2015

Kegunaan Elektrik


Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga lain seperti cahaya, haba, bunyi dan kinetik (gerakan) dengan menggunakan perkakasan tertentu






Jumaat, 11 Disember 2015

Elektrik: Alatan tangan

Antara alatan tangan yang biasa digunakan semasa kerja pendawaian dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Pena ujian

  2. Pemotong Sisi

  3. Playar muncung tirus

  4. Playar Gabung

  5. Penjalur wayar

 







Khamis, 10 Disember 2015

Sumber Elektrik

Elektrik merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Tenaga elektrik dapat menjadikan kehidupan lebih selesa dan memudahkan kerja manusia menjadi lebih progresif.Walaupun tenaga elektrik ini amat berguna, tetapi langkah - langkah penggunaan yang betul dan bersistem perlu bagi mengelakkan sebarang kejadian

SUMBER ELEKTRIK
Pelbagai sumber dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah tindakan kimia, kemagnetan dan cahaya.

KEMAGNETAN 
Arus elektrik terjadi apabila magnet digerakkan melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling besi. Dinamo dan turbin menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik
 

TINDAKAN KIMIA
  1.  Tindakan kimia boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
  2. Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya
  3. Elektron mengalir daripada punca negatif ke punca positif dengan adanya unsur - unsur dalam elektrolit
  4. Dua cara tindakan kimia iaitu:
  • Sel basah
  • Sel kering 
 


CAHAYA
Arus elektrik terjadi apabila bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium mendapat pancaran cahaya matahari. Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahay untuk kamera dan sel solar pada kalkulator