Khamis, 10 Disember 2015

Sumber Elektrik

Elektrik merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Tenaga elektrik dapat menjadikan kehidupan lebih selesa dan memudahkan kerja manusia menjadi lebih progresif.Walaupun tenaga elektrik ini amat berguna, tetapi langkah - langkah penggunaan yang betul dan bersistem perlu bagi mengelakkan sebarang kejadian

SUMBER ELEKTRIK
Pelbagai sumber dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah tindakan kimia, kemagnetan dan cahaya.

KEMAGNETAN 
Arus elektrik terjadi apabila magnet digerakkan melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling besi. Dinamo dan turbin menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik
 

TINDAKAN KIMIA
  1.  Tindakan kimia boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
  2. Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya
  3. Elektron mengalir daripada punca negatif ke punca positif dengan adanya unsur - unsur dalam elektrolit
  4. Dua cara tindakan kimia iaitu:
  • Sel basah
  • Sel kering 
 


CAHAYA
Arus elektrik terjadi apabila bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium mendapat pancaran cahaya matahari. Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahay untuk kamera dan sel solar pada kalkulator

Tiada ulasan:

Catat Ulasan