Rabu, 23 Disember 2015

Jenis wayar



Terdapat pelbagai jenis wayar yang digunakan dalam pendawaian litar atau penyambungan pada kelengkapan elektrik. Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.

Terdapat 5 jenis wayar yang biasa digunakan iaitu wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar dan wayar tiga teras








Sabtu, 12 Disember 2015

Kegunaan Elektrik


Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga lain seperti cahaya, haba, bunyi dan kinetik (gerakan) dengan menggunakan perkakasan tertentu






Jumaat, 11 Disember 2015

Elektrik: Alatan tangan

Antara alatan tangan yang biasa digunakan semasa kerja pendawaian dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Pena ujian

  2. Pemotong Sisi

  3. Playar muncung tirus

  4. Playar Gabung

  5. Penjalur wayar

 







Khamis, 10 Disember 2015

Sumber Elektrik

Elektrik merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Tenaga elektrik dapat menjadikan kehidupan lebih selesa dan memudahkan kerja manusia menjadi lebih progresif.Walaupun tenaga elektrik ini amat berguna, tetapi langkah - langkah penggunaan yang betul dan bersistem perlu bagi mengelakkan sebarang kejadian

SUMBER ELEKTRIK
Pelbagai sumber dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah tindakan kimia, kemagnetan dan cahaya.

KEMAGNETAN 
Arus elektrik terjadi apabila magnet digerakkan melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling besi. Dinamo dan turbin menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik
 

TINDAKAN KIMIA
  1.  Tindakan kimia boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
  2. Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya
  3. Elektron mengalir daripada punca negatif ke punca positif dengan adanya unsur - unsur dalam elektrolit
  4. Dua cara tindakan kimia iaitu:
  • Sel basah
  • Sel kering 
 


CAHAYA
Arus elektrik terjadi apabila bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium mendapat pancaran cahaya matahari. Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahay untuk kamera dan sel solar pada kalkulator

Ahad, 27 September 2015

BAB 1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan


Pengurusan bengkel dan keselamatan amat penting dalam memastikan bengkel berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal semasa digunakan oleh murid. Bengkel yang terurus dengan baik mencerminkan struktur organisasi yang praktikal serta mempunyai amalan kerja yang selamat dan sistematik

Pengurusan bengkel bertujuan memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan dipatuhi dengan betul, kebersihan bengkel dijaga, penyimpanan alatan dan bahan yang kemas dan sistematik serta dapat menghindarkan kemalangan apabila murid mempunyai sifat bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin dan menepati masa

STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

 TUJUAN MENYEDIAKAN STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

  1. Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas & selamat.
  2. Pupuk sikap bertanggungjawab, bekerjasama menepati masa & berdisiplin di kalangan murid
  3. pastikan alat & kelengkapan bengkel sentiasa berada dalam keadaan teratur & bersih
  4. Pastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik 

Amalan yang mesti dipatuhi semasa bekerja dibengkel Kemahiran Hidup ialah 4M





Peraturan keselamatan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaiti keselamatan bengkel, keselamatan alatan dan keselamatan diri.






JENIS PEMADAM API DAN PUNCA API

 Dibengkel terdapat bahan yang mudah terbakar. kebakaran boleh dielakkan jika murid prihatin dan tahu cara untuk mengawal kebakaran. Salah satu daripada cara yang boleh digunakan untuk mengawal kebakaran adalah dengan menggunakan alat pemadam api. Alat ini perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan diambil.



Kelas A (Jenis cair) Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas. Kelas B (Jenis buih) Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat. Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida) Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya. Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering) Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kelas A (Jenis air)
  • Bagi memadamkan kebakaran berpunca dari kayu, tilam, kain, sampah sarap dan kertas
Kelas B (Jenis buih)
  • Bagi memadamkan kebakaran berpunca dari minyak, cat, petrol, lekar, thinner dan gas
Kelas B & C (Jenis karbon dioksida)
  • Bagi memadam kebakaran berpunca dari minyak, cat, petrol, lekar, gas dan peralatan elektrik
Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering) 
  • Bagi memadam kebakaran berpunca dari natrium, kalium, kalsium dan boleh memadamkan punca api dari kelas A, B dan C

Kelas A (Jenis cair) Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas. Kelas B (Jenis buih) Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat. Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida) Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya. Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering) Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Kelas A (Jenis cair) Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas. Kelas B (Jenis buih) Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat. Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida) Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya. Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering) Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kelas A (Jenis cair) Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas. Kelas B (Jenis buih) Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat. Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida) Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya. Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering) Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan.

BIL
PERKARA
KEGUNAAN
1.
Triangular bandage (kain anduh)
Untul mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang
2.
Sterile eye pad
Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
3.
Non-sterile gauze
Sterile gauze
Melakukan pencucian/pembebat luka‡
Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan dan menstabilkankepatahan
4.
Elastic bandage/crepe bandage
Roller bandage
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)
5.
Glove-disposable/nonsterile
Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan
6.
Scissor
Memotong gauze/bandage
7.
Adhesive tape
Melekatkan balutan dan pembebat
8.
Sterile multi-trauma dressing/ gauze
Melakukan pencucian/pembebatan luka
9.
Alcohol prep pads
Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.
10.
Cotton buds
Mencuci luka pada kawasan sukar
11.
Acriflavine (ubat kuning)
Untuk antiseptic
12.
Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%)
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
13.
LMS solution (minyak kuda)
Melegakan kesakitan otot

Khamis, 24 September 2015

Mesin

Berikut merupakan pelbagai alatan tangan yang selalu kita dapati di dalam bengkel kemahiran hidup




GERUDI MUDAH ALIH
Alat ini digunakan untuk mengerudi kayu, logam nipis atau plastik lembut. ia beroperasi menggunakan kuasa elektrik (berwayar) dan bateri (tanpa wayar)


MATA GERUDI PINTAL
Alat ini digunakan bersama mesin gerudi mudah alih atau gerudi lantai. Diperbuat daripada keluli tahan lasak dan saiznya ditentukan oleh diameter batangnya
GERUDI LANTAI
Alat ini dipasang dan diboltkan ke lantai. kegunaannya adalah untuk kerja menggerusi lubang pada kayu, logam nipis atau plastik. benda kerja yang hendak digerudi perlu di apit pada ragum gerudi

Rabu, 23 September 2015

Alatan Tangan dan mesin

Berikut merupakan pelbagai alatan tangan yang selalu kita dapati di dalam bengkel kemahiran hidup

PITA PENGUKUR


Alat ini mempunyai saiz 3 meter hingga 6 meter. Unit ukuran adalah dalam mm, cm dan meter.




PEMBARIS KELULI

Alat ini mempunyai saiz 30cm, 45cm, 60cm dan 100cm.









SESIKU L 
Berbentuk huruf L. Bilah kelulinya bersudut 90 darjah dengan tonggak. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah. Berfungsi untuk 
  • Uji ketepatan sudut 90 darjah
  • uji kerataan permukaan bahan
  • buat garisan bersudut tepat


    TOLOK PENANDA
    Alat ini diguna untuk buat garisan selari dengan muka dan tepi kayu untuk menandakan lebar dan tebal kayu




    TOLOK SERONG
    Ia digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90 darjah serta membina tanggam





    GERGAJI PUTING 
    Alat ini diguna untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan buat tanggam. jalur logam yang terdapat di atas bilah adalah untuk mengukuhkan bilah gergaji



    GERGAJI LENGKUNG HALUS
    Alat ini gunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis. mata gergaji perlu dipasang menghala ke pemegang



    GERGAJI TANGAN
    Alat yang digunakan untuk mengerat dan membelah kayu. saiznya ditentukan mengikut panjang bilah dan bilangan giginya setiap 25mm




    TUKUL WARRINGTON
    Saiznya menikut berat kepala dan sangat ringan. Bongkol tirus diguna semasa mula memaku





    TUKUL KUKU KAMBING
    Alat ini diguna untuk menukul dan mencabut paku. saiznya mengikut berat kepalanya






    KIKIR PARUT
    Ia digunakan untuk membentuk lengkuk dan meratakan kayu. saiznya mengikut panjang dan gred giginya. bersihkan kikir dengan berus dawai setelah digunakan.


    GANDIN KAYU
    alat yang diguna untuk mengetuk pahat dan digunakan dalam kerja pemasangan tanggam. saiznya ditentukan oleh kepalanya



    PAHAT TEPI SERONG
    ia diguna untuk kerja memahat, meraut, meratakan tanggam serta membersi bucu tanggam. saiznya mengikut lebar mata pemotong. matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi