Rabu, 23 September 2015

Alatan Tangan dan mesin

Berikut merupakan pelbagai alatan tangan yang selalu kita dapati di dalam bengkel kemahiran hidup

PITA PENGUKUR


Alat ini mempunyai saiz 3 meter hingga 6 meter. Unit ukuran adalah dalam mm, cm dan meter.




PEMBARIS KELULI

Alat ini mempunyai saiz 30cm, 45cm, 60cm dan 100cm.









SESIKU L 
Berbentuk huruf L. Bilah kelulinya bersudut 90 darjah dengan tonggak. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah. Berfungsi untuk 
  • Uji ketepatan sudut 90 darjah
  • uji kerataan permukaan bahan
  • buat garisan bersudut tepat


    TOLOK PENANDA
    Alat ini diguna untuk buat garisan selari dengan muka dan tepi kayu untuk menandakan lebar dan tebal kayu




    TOLOK SERONG
    Ia digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90 darjah serta membina tanggam





    GERGAJI PUTING 
    Alat ini diguna untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan buat tanggam. jalur logam yang terdapat di atas bilah adalah untuk mengukuhkan bilah gergaji



    GERGAJI LENGKUNG HALUS
    Alat ini gunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis. mata gergaji perlu dipasang menghala ke pemegang



    GERGAJI TANGAN
    Alat yang digunakan untuk mengerat dan membelah kayu. saiznya ditentukan mengikut panjang bilah dan bilangan giginya setiap 25mm




    TUKUL WARRINGTON
    Saiznya menikut berat kepala dan sangat ringan. Bongkol tirus diguna semasa mula memaku





    TUKUL KUKU KAMBING
    Alat ini diguna untuk menukul dan mencabut paku. saiznya mengikut berat kepalanya






    KIKIR PARUT
    Ia digunakan untuk membentuk lengkuk dan meratakan kayu. saiznya mengikut panjang dan gred giginya. bersihkan kikir dengan berus dawai setelah digunakan.


    GANDIN KAYU
    alat yang diguna untuk mengetuk pahat dan digunakan dalam kerja pemasangan tanggam. saiznya ditentukan oleh kepalanya



    PAHAT TEPI SERONG
    ia diguna untuk kerja memahat, meraut, meratakan tanggam serta membersi bucu tanggam. saiznya mengikut lebar mata pemotong. matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan