Isnin, 21 September 2015

Jenis pengikat

Apabila kita membuat projek kerja kayu, kita perlu mencantum bahan seperti kayu atau papan lapis dengan menggunakan pengikat. Jenis - jenis pengikat termasuklah Paku, Skru dan Glu


PAKU
Satu bahan yang digunakan untuk mengikat kayu. terdapat pelbagai jenis paku di pasaran seperti contoh paku panel, paku kepala rata, paku payung, paku venir dan paku konkrit.
contoh paku yang terdapat dipasaran
p
p
  • Paku kepala rata diperbuat daripada keluli lembut biasanya digunakan untuk kerja - kerja am seperti membuat kotak, dan memaku rangka dinding.
  • Paku panel digunakan dalam kerja membuat perabot kerana kesannya kurang kelihatan dan tidak akan memecahkan kayu. Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya.

 LANGKAH - LANGKAH MEMAKU
  1. Memaku dengan cara menyerong akan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat berbanding dengan memaku cara menegak
  2. Pastikan benda kerja yang nipis dipaku pada benda kerja yang lebih tebal



SKRU
  • Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang. Kegunaannya adalah untuk mengikat bahan kayu dan logam serta memasang engsel
  • Dipasang menggunakan pemutar skru rata @ pemutar skru Phillips 
  • Skru yang biasa digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat
  • Cengkaman skru lebih kuat daripada paku
Skru terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:  
  • Kepala - bentuknya menentukan nama skru. Dikepalanya ada alur berbentuk lurus atau berpalang membolehkan skru ini berputar dengan pemutar skru
  • Batang - batang skru ialah bahagian skru dibawah kepalanya. Bahagian hujungnya dibenamkan hingga ke hujung tajam
  • Benang - ia memudahkan skru dimasukkan ke dalam kayu dan memberi cengkaman yang lebih kuat
 LANGKAH - LANGKAH MEMASANG SKRU
  1. Senggerek digunakan untuk menanda lubang kecil pada kayu sebelum skru dipasang
  2. Skru dibenam ke dalam kayu dengan menggunakan pemutar skru
GLU 
Ia diperbuat daripada protein haiwan, pokok, sayuran, petroleum dan lain - lain. Digunakan untuk mencantumkan 2 benda kerja sama atau berbeza sifatnya.
Terdapat 2 jenis glu 
  1. GLU SENTUH - cantum dua bahan yang berlainan jenis seperti kayu dan logam
  2. GLU PVA - untuk cantuman kayu, mudah diguna tetapi tidak kalis air
LANGKAH - LANGKAH MEMASANG SKRU 
1. Sapu glu pada lurah tanggam  
2. Melekatkan dua bahagian yang hendak dicantumkan
3. Paku bahagian yang telah dicantum @ apit bahagian cantuman dengan apit G

 

2 ulasan: