Isnin, 21 September 2015

Jenis bahan

 JENIS BAHAN 

Terdapat 4 jenis bahan yang digunakan dalam reka bentuk dan penghasilan projek iaitu Kayu, Papan Lapis, MDF dan Mounting board.

KAYU
Ada dua jenis iaitu:
  1.  KAYU KERAS - cengal & jati digunakan untuk buat perabot. 
  2. KAYU LEMBUT - meranti & nyatoh digunakan untuk buat perabot dan pembinaan am.
 SAIZ KAYU

PAPAN LAPIS
 Di perbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dinamakan vernier. Diguna untuk membuat perabot dan pembinaan am. Saiz papan lapis yang biasa di pasaran ialah 1220mm x 2440mm

 Cara pembuatan papan lapis
Ada dua jenis iaitu:
  1. Papan lapis kalis air
  2. Papan lapis tidak kalis air

 MEDIUM DENSITY FIBRE BOARD (MDF)
Ia adalah sejenis gantian yang diperbuat daripada serat kayu lembut. Dihasilkan daripada kayu yang telah dileraikan melalui proses mampatan sehingga menjadi kepingan papan. Banyak di gunakan dalam pembuatan perabot.
Cara pembuatan MDF

 MOUNTING BOARD
Sejenis kadbod yang dihasilkan daripada kertas. Boleh didapati dalam pelbagai saiz, ketebalan dan warna. Banyak digunakan dalam pembuatan hiasan, model barangan, kraftangan & bingkai gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan